Ingin kan kulit putih dalam masa 2 minggu? Siapa tak nak kan? Amalkan GLUTAGEN (sache). Dengan fungsi antioksidan yang terdapat dalam produk ni, ianya dapat melambatkan proses penuaan. Kulit akan menjadi lebih putih, gebu tegang dan anjal. Untuk produk ni memang dah terbukti sebab ada customer pakai, tak sampai 2 minggu dah nampak kesan pada kulit.
Untuk tempahan anda boleh PM/ call ke 03-8733 7911
LELAKI KUAT!
Untuk lelaki, “PAMEGIN” adalah kapsul yang sangat baik untuk
diamalkan. Bukan sahaja dapat memberikan tenaga, tapi dapat meningkatkan
prestasi seks dan juga stamina. Memang terbukti berkesan selepas feedback yang
diberikan dari pelanggan kami. Mereka sangat berpuas hati dengan hasilnya.
p/s: Layari website atau hubungi kami di www.bioenergy2u.com atau 03-8733 7911.
Cegah Sebelum Terlambat
Kencing
Manis
Kencing manis atau diabetes melitus ialah
sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau
insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini akan mengakibatkan paras gula
dalam darah melebihi paras normal. Insulin pula adalah sejenis hormon yang
dihasilkan dalam badan untuk mengekalkan paras normal gula. Akibat dari hormon
insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan maka gula tidak dapat memasuki
dalam sel-sel badan dan seterusnya mengakibatkan paras gula darah yang tinggi.
Faktor Risiko Kencing Manis
Setiap orang boleh mendapat kencing manis tetapi
sesetengah orang lebih mudah mendapat kencing manis. Faktor-faktor risiko
kencing manis adalah :
· Kegemukan
atau obesiti
· Kurang
aktiviti kecergasan fizikal atau senaman
· Sejarah
keluarga yang menghidap kencing manis
· Umur
melebihi 35 tahun
· Pemakanan
· Pengambilan
lemak berlebihan dalam makanan
· Pengambilan
serat yang tidak mencukupi
· Kurang
zat makanan di peringkat awal umur
· Kelahiran
tidak cukup berat
Tanda-tanda Kencing Manis
· Kerap
dahaga
· Kerap
kencing
· Susut
berat badan walaupun berselera makan
· Terasa
letih dan lesu
· Luka
atau cedera yang lambat sembuh
· Gatal-gatal
terutama di bahagian kemaluan
Jenis-jenis Kencing Manis
Jenis I - bergantung sepenuh kepada insulin
-
Kebanyakkanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja.
-
Hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
-
Terjadi kerana kekurangan insulin.
-
Ianya mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang telah
mengidapnya.
Jenis
II - tidak bergantung dengan insulin
-
Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas.
-
Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
-
Boleh di kawal dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan
ubat-ubatan.
Kesan
penyakit kencing manis
Penyakit
kencing manis yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesan yang lebih
serius. Antara kesannya ialah :
- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin ahmar (strok)
- Sakit saraf atau “mati pucuk”
- ‘gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk
Penyakit kencing manis tidak boleh di sembuh tetapi
ianya boleh dikawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam edaran darah hendaklah
sentiasa berada pada kadar normal. Selain itu kita hendaklah memberikan
perhatian terhadap perkara-perkara berikut :
- Pengambilan ubat atas nasihat doktor.
- Pemakanan sihat.
- Penjagaan berat badan.
- Selalu bersenam.
- Elakkan jangkitan.
Adalah lebih baik sekiranya penyakit kencing manis
di cegah dari terjadi. Kaedah Pencegahan yang terbaik adalah :
1. Mempunyai
berat badan unggul.
2. Makan
pelbagai jenis makanan.
3. Makan
mengikut umur dan aktiviti fizikal.
4. Makan
lebih buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin.
5. Makan
dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit.
6. Selalu
melakukan senaman.
10 Tanda awal Penyakit Buah Pinggang...
10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang. Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit
buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian
dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan
seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda
mempunyai penyakit buah pinggang?Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda
awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.
·
Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air
kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada
anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga
jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
·
Anda mengalami keletihan sepanjang masa.
Kegagalan buah pinggang tidak
dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah.
Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan
akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
·
Anda mengalami pembengkakan pada salah satu
anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan
bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya
buah pinggang anda mengalami kegagalan.
·
Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pingganguntuk mengeluarkan sisa-sisa
buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang
teruk.
·
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam
di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah
pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam
darah.
·
Anda mengalami loya dan muntah-muntah.
Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
·
Anda berasa sejuk sepanjang masa.
Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa
walaupun dalam cuaca yang panas.
·
Anda merasa kesukaran untuk bernafas.
Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang
mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
·
Anda merasa sakit di bahagian belakang atau
tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda.
Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh
menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
·
Anda kerap berasa pening kepala. Ini
boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam
otak.
Melayukini.net - Kebanyakan
dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada
penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami
masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk
mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.
Pernahkah kita terfikir???
Tahukah
anda
bahawa penyakit kronik seperti contoh sakit jantung, tekanan darah tinggi,
kencing manis, & stroke adalah berpunca dari darah yang pekat dan kotor
serta salur darah yang tersumbat. Organ-organ dalaman tubuh badan manusia
bergantung kepada darah bagi memastikan sistem tubuh badan dapat berjalan
seperti biasa dengan lancar.
Fungsi darah - membawa oksigen, zat makanan (nutrisi) & caj ion negatif.
Malangnya darah di dalam tubuh badan manusia pada masa kini telah menjadi semakin pekat, kotor & berasid. Ini terjadi adalah berpunca dari 4 faktor berikut:
1. Persekitaran (pencemaran) - disekeliling kita tidak lagi dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan tetapi lebih terdedah kepada bangunan-bangunan, kenderaan & jentera yang banyak mengeluarkan ion positif (merupakan ion yang menhidupkan kuman). Udara tercemar yang kita sedut akan menjadikan darah kita semakin kotor dan berasid.
2. Permakanan - corak permakanan yang tidak seimbang serta terdedah kepada makanan & minuman yang tidak sihat seperti ''fast food'' & ''junk food'' @ makanan segera / ringan yang mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menjadi penyebab kepada darah menjadi pekat, kotor & berasid.
3. Gaya hidup (kurang bersenam) - gaya hidup masa kini yang terlampau sibuk dengan urusan kerja harian telah membantaskan kita untuk bersenam. Bersenam akan membantu untuk melancarkan sistem peredaran darah, tetapi malangnya ada di kalangan kita bukan sahaja kurang bersenam bahkan tidak lagi bersenam.
4. Stress - kehidupan kita sekarang lebih terdedah kepada stress mahupun sedikit sebanyak. Seawal pagi kita memandu ke pejabat sehinggalah kita pulang semula ke rumah maka sepanjang itu kita terdedah dengan stress.
Darah yang kotor dan berasid ini tadi akan menyebabkan salur darah kita tersumbat. Tersumbat ini terjadi daripada plak kolesterol yang masuk ke dalam salur darah kita dengan cara : kotor - pekat - perlahan - mendap - menempel - tersumbat - sakit. Apabila plak kolesterol ini berhimpun dengan banyak maka salur darah akan menjadi sempit dan akhirnya tersumbat.
Salur darah tersumbat akan mengurangkan & menyekat bekalan oksigen & zat makanan yang diperlukan oleh organ-organ tubuh. Jika organ-organ tubuh tidak mendapat bekalan yang mencukupi maka lama-kelamaan akan menjadi lemah dan akhirnya manjadi sakit. Oleh itu timbullah pelbagai jenis penyakit kronik.
Fungsi darah - membawa oksigen, zat makanan (nutrisi) & caj ion negatif.
Malangnya darah di dalam tubuh badan manusia pada masa kini telah menjadi semakin pekat, kotor & berasid. Ini terjadi adalah berpunca dari 4 faktor berikut:
1. Persekitaran (pencemaran) - disekeliling kita tidak lagi dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan tetapi lebih terdedah kepada bangunan-bangunan, kenderaan & jentera yang banyak mengeluarkan ion positif (merupakan ion yang menhidupkan kuman). Udara tercemar yang kita sedut akan menjadikan darah kita semakin kotor dan berasid.
2. Permakanan - corak permakanan yang tidak seimbang serta terdedah kepada makanan & minuman yang tidak sihat seperti ''fast food'' & ''junk food'' @ makanan segera / ringan yang mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menjadi penyebab kepada darah menjadi pekat, kotor & berasid.
3. Gaya hidup (kurang bersenam) - gaya hidup masa kini yang terlampau sibuk dengan urusan kerja harian telah membantaskan kita untuk bersenam. Bersenam akan membantu untuk melancarkan sistem peredaran darah, tetapi malangnya ada di kalangan kita bukan sahaja kurang bersenam bahkan tidak lagi bersenam.
4. Stress - kehidupan kita sekarang lebih terdedah kepada stress mahupun sedikit sebanyak. Seawal pagi kita memandu ke pejabat sehinggalah kita pulang semula ke rumah maka sepanjang itu kita terdedah dengan stress.
Darah yang kotor dan berasid ini tadi akan menyebabkan salur darah kita tersumbat. Tersumbat ini terjadi daripada plak kolesterol yang masuk ke dalam salur darah kita dengan cara : kotor - pekat - perlahan - mendap - menempel - tersumbat - sakit. Apabila plak kolesterol ini berhimpun dengan banyak maka salur darah akan menjadi sempit dan akhirnya tersumbat.
Salur darah tersumbat akan mengurangkan & menyekat bekalan oksigen & zat makanan yang diperlukan oleh organ-organ tubuh. Jika organ-organ tubuh tidak mendapat bekalan yang mencukupi maka lama-kelamaan akan menjadi lemah dan akhirnya manjadi sakit. Oleh itu timbullah pelbagai jenis penyakit kronik.
Tahukah anda???
SIMPTOM DAN KESAN PENYAKIT ALZHEIMERAlzheimer adalah sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. ia bukan sejenis penyakit berjangkit tetapi adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruk sehingga pesakit tidak mampu mengurus diri sendiri.Simptom-simptom penyakit alzheimer a. lupa perkara yang sering dilakukan. b. cepat penata c. sukar membezakan masa, tempat dan orang. d. hilang daya logik dan pelupa. e. tidak mampu melakukan kegiatan harian dan mengurus diri sendiri. f. gagal menumpukan perhatian. g. sukar mengingati perkataan ketika bercakap dan menamakan objek atau orang.Kesan-kesan penyakit alzheimer a. sering tertekan, merepek dan tidak sedar. b. sukar membezakan masa dan gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar. c. tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak. d. terdapat juga pesakit alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang memalukan keluarga dan bertelanjang di tempat umum.
Punca-punca masalah sakit jantung
Faktor Penyebab Sakit Jantung
Asap Rokok
·
Mempercepatkan
pembekuan darah
·
Menggalakkan
pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
·
Mengurangkan
bekalan oksigen ke jantung.
·
Tekanan
Perasaan
·
Seseorang
yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
·
Tekanan
darahnya juga meningkat.
Kandungan Lemak Yang Tinggi
·
Lebih tinggi
kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti
mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
·
Senaman
penting untuk menguatkan jantung.
·
Ia juga
penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
jantung. Bersenamlah.
jantung. Bersenamlah.
Darah Tinggi
·
Darah
tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
·
Jantung
"terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui
saluran yang sempit itu.
·
Lebih
tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
·
Pesakit
kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan
Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
·
Jika anda
mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
·
Jika anda
berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
·
Jika anda
merokok.
·
Jika anda
gagal mengawal tekanan darah anda.
·
Jika anda
mengidap penyakit kencing manis.
·
Jika anda
menghadapi masalah mengawal tekanan.
·
Jika
pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol
dan lemak yang tinggi.
·
Jika anda
kurang bersenam.
·
Jika anda
kurang memakan sayur dan buah segar.
Subscribe to:
Posts (Atom)








