Pages

Ads 468x60px

Pernahkah kita terfikir???




Tahukah anda bahawa penyakit kronik seperti contoh sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, & stroke adalah berpunca dari darah yang pekat dan kotor serta salur darah yang tersumbat. Organ-organ dalaman tubuh badan manusia bergantung kepada darah bagi memastikan sistem tubuh badan dapat berjalan seperti biasa dengan lancar.

Fungsi darah - membawa oksigen, zat makanan (nutrisi) & caj ion negatif.

Malangnya darah di dalam tubuh badan manusia pada masa kini telah menjadi semakin pekat, kotor & berasid. Ini terjadi adalah berpunca dari 4 faktor berikut:

1. Persekitaran (pencemaran) - disekeliling kita tidak lagi dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan tetapi lebih terdedah kepada bangunan-bangunan, kenderaan & jentera yang banyak mengeluarkan ion positif (merupakan ion yang menhidupkan kuman). Udara tercemar yang kita sedut akan menjadikan darah kita semakin kotor dan berasid.

2. Permakanan - corak permakanan yang tidak seimbang serta terdedah kepada makanan & minuman yang tidak sihat seperti ''fast food'' & ''junk food'' @ makanan segera / ringan yang mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menjadi penyebab kepada darah menjadi pekat, kotor & berasid.

3. Gaya hidup (kurang bersenam) - gaya hidup masa kini yang terlampau sibuk dengan urusan kerja harian telah membantaskan kita untuk bersenam. Bersenam akan membantu untuk melancarkan sistem peredaran darah, tetapi malangnya ada di kalangan kita bukan sahaja kurang bersenam bahkan tidak lagi bersenam.

4. Stress - kehidupan kita sekarang lebih terdedah kepada stress mahupun sedikit sebanyak. Seawal pagi kita memandu ke pejabat sehinggalah kita pulang semula ke rumah maka sepanjang itu kita terdedah dengan stress. 

Darah yang kotor dan berasid ini tadi akan menyebabkan salur darah kita tersumbat. Tersumbat ini terjadi daripada plak kolesterol yang masuk ke dalam salur darah kita dengan cara : kotor - pekat - perlahan - mendap - menempel - tersumbat - sakit. Apabila plak kolesterol ini berhimpun dengan banyak maka salur darah akan menjadi sempit dan akhirnya tersumbat.

Salur darah tersumbat akan mengurangkan & menyekat bekalan oksigen & zat makanan yang diperlukan oleh organ-organ tubuh. Jika organ-organ tubuh tidak mendapat bekalan yang mencukupi maka lama-kelamaan akan menjadi lemah dan akhirnya manjadi sakit. Oleh itu timbullah pelbagai jenis penyakit kronik.