Pages

Ads 468x60px

Cegah Sebelum Terlambat


Kencing Manis



Kencing manis atau diabetes melitus ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah melebihi paras normal. Insulin pula adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan untuk mengekalkan paras normal gula. Akibat dari hormon insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan maka gula tidak dapat memasuki dalam sel-sel badan dan seterusnya mengakibatkan paras gula darah yang tinggi.

Faktor Risiko Kencing Manis
Setiap orang boleh mendapat kencing manis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat kencing manis. Faktor-faktor risiko kencing manis adalah :

·          Kegemukan atau obesiti
·          Kurang aktiviti kecergasan fizikal atau senaman
·          Sejarah keluarga yang menghidap kencing manis
·          Umur melebihi 35 tahun
·          Pemakanan
·          Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan
·          Pengambilan serat yang tidak mencukupi
·          Kurang zat makanan di peringkat awal umur
·          Kelahiran tidak cukup berat

Tanda-tanda Kencing Manis
·    Kerap dahaga
·    Kerap kencing
·    Susut berat badan walaupun berselera makan
·    Terasa letih dan lesu
·    Luka atau cedera yang lambat sembuh
·    Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan

Jenis-jenis Kencing Manis
Jenis I - bergantung sepenuh kepada insulin
- Kebanyakkanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja.
- Hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
- Terjadi kerana kekurangan insulin.
- Ianya mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang telah mengidapnya.

Jenis II - tidak bergantung dengan insulin
- Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas.
- Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
- Boleh di kawal dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan ubat-ubatan.

Kesan penyakit kencing manis
Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :

- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin ahmar (strok)
- Sakit saraf atau “mati pucuk”
- ‘gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk

Penyakit kencing manis tidak boleh di sembuh tetapi ianya boleh dikawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar normal. Selain itu kita hendaklah memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut :

- Pengambilan ubat atas nasihat doktor.
- Pemakanan sihat.
- Penjagaan berat badan.
- Selalu bersenam.
- Elakkan jangkitan.

Adalah lebih baik sekiranya penyakit kencing manis di cegah dari terjadi. Kaedah Pencegahan yang terbaik adalah :
1.       Mempunyai berat badan unggul.
2.       Makan pelbagai jenis makanan.
3.       Makan mengikut umur dan aktiviti fizikal.
4.       Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin.
5.       Makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit.
6.       Selalu melakukan senaman.