Kencing
Manis
Kencing manis atau diabetes melitus ialah
sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau
insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini akan mengakibatkan paras gula
dalam darah melebihi paras normal. Insulin pula adalah sejenis hormon yang
dihasilkan dalam badan untuk mengekalkan paras normal gula. Akibat dari hormon
insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan maka gula tidak dapat memasuki
dalam sel-sel badan dan seterusnya mengakibatkan paras gula darah yang tinggi.
Faktor Risiko Kencing Manis
Setiap orang boleh mendapat kencing manis tetapi
sesetengah orang lebih mudah mendapat kencing manis. Faktor-faktor risiko
kencing manis adalah :
· Kegemukan
atau obesiti
· Kurang
aktiviti kecergasan fizikal atau senaman
· Sejarah
keluarga yang menghidap kencing manis
· Umur
melebihi 35 tahun
· Pemakanan
· Pengambilan
lemak berlebihan dalam makanan
· Pengambilan
serat yang tidak mencukupi
· Kurang
zat makanan di peringkat awal umur
· Kelahiran
tidak cukup berat
Tanda-tanda Kencing Manis
· Kerap
dahaga
· Kerap
kencing
· Susut
berat badan walaupun berselera makan
· Terasa
letih dan lesu
· Luka
atau cedera yang lambat sembuh
· Gatal-gatal
terutama di bahagian kemaluan
Jenis-jenis Kencing Manis
Jenis I - bergantung sepenuh kepada insulin
-
Kebanyakkanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja.
-
Hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
-
Terjadi kerana kekurangan insulin.
-
Ianya mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang telah
mengidapnya.
Jenis
II - tidak bergantung dengan insulin
-
Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas.
-
Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
-
Boleh di kawal dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan
ubat-ubatan.
Kesan
penyakit kencing manis
Penyakit
kencing manis yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesan yang lebih
serius. Antara kesannya ialah :
- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin ahmar (strok)
- Sakit saraf atau “mati pucuk”
- ‘gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk
Penyakit kencing manis tidak boleh di sembuh tetapi
ianya boleh dikawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam edaran darah hendaklah
sentiasa berada pada kadar normal. Selain itu kita hendaklah memberikan
perhatian terhadap perkara-perkara berikut :
- Pengambilan ubat atas nasihat doktor.
- Pemakanan sihat.
- Penjagaan berat badan.
- Selalu bersenam.
- Elakkan jangkitan.
Adalah lebih baik sekiranya penyakit kencing manis
di cegah dari terjadi. Kaedah Pencegahan yang terbaik adalah :
1. Mempunyai
berat badan unggul.
2. Makan
pelbagai jenis makanan.
3. Makan
mengikut umur dan aktiviti fizikal.
4. Makan
lebih buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin.
5. Makan
dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit.
6. Selalu
melakukan senaman.