Pages

Ads 468x60px

Pernahkah kita tahu???




Lingzhi telah lama di kenali secara turun temurun oleh orang Cina dan menganggap ia sejenis herba yang istimewa sebagai ubat ajaib dan sangat berharga.

Di antara keajaiban ubat ini adalah ianya boleh memanjangkan usia seseorang. Keterangan ini ditulis di dalam Ensaiklopedia perubatan klasik Cina seperti ‘Shen-Nung Herbal Medicine Book’:

Lingzhi sebagai ubat bermutu tinggi. Tiada kesan sampingan buruk. Seluruh badan bertambah baik dan sihat. Pelaburan baik yang menjamin kesihatan sepanjang hayat.

Cendawan secara semulajadi tumbuh liar di dalam hutan dan ini termasuklah Lingzhi di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar di dapati. Tambahan pula dengan kurang perhatian di peringkat awal serta kesukaran untuk mengawal dan menentukan mutu cendawan Lingzhi.

Teknik penanaman Lingzhi bermula pada tahun 1970, di mana pegawai kajian sains makanan dari Universiti Kyoto, Jepun telah berjaya menggunakan “Kaedah Isolasi Dan Pemeliharaan Spora”. Kaedah ini telah berjaya menanam dan memelihara Lingzhi secara komersial di Jepun. Pada 1975 pula kaedah ini berkembang ke China dan seterusnya ke Taiwan dengan jayanya.

Keberkesanan Lingzhi
Lingzhi adalah mikroorganisma berkhasiat semulajadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya pada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit. Di antara kebaikan yang dirasai adalah:
  • Aktif dan bertenaga.
  • Tempoh masa tidur dipendekkan tetapi badan tetap lebih bertenaga.
  • Mengekalkan berat badan.
  • Penghadaman yang lancar.
Pada mereka yang bermasalah, pengambilan Lingzhi mungkin akan memberikan sedikit kesan seperti berikut:
  • Pening.
  • Darah banyak berkumpul pada bahagian muka atau kulit (kerana peredaran darah meningkat). Kesemua kesan ini akan hilang dalam tempoh 30 minit. Pada pesakit kencing manis pula akan terjadi peningkatan gula dalam darah atau penyakit kulit.
  • Kejadian ini tidak perlu dikhuatiri kerana ia adalah fenomena biasa dalam proses perubatan Lingzhi yang berlaku hanya di peringkat awal pengambilannya dan akhirnya kesan ini akan hilang segera.
Kebelakangan ini lebih banyak penyelidikan telah dilakukan di negara China, Jepun dan Malaysia dengan kerjasama dari hospital, kolej dan farmasi, di mana hasil keputusan lebih banyak diperolehi dalam membuktikan keajaiban Lingzhi seperti berikut:

  1. Membersihkan darah
  2. Meneutralkan bisa
  3. Melindungi hati
  4. Mengawal atau melawan usus
  5. Tonik untuk selsema
  6. Mengawal tekanan jantung
  7. Menghilangkan batuk
  8. Mengeluarkan kahak
  9. Mententeramkan fikiran
  10. Mencegah kanser
  11. Mengubati resdung